Ucapan jutaan trima kasih kpd yg join xpdc Gng Tangga,23-24 MEI 2009 yg lepas...Sy memohon maaf skiranya terkasar bahasa ataw tersilap kata...yg kurang dtg dari sy dan yg baik sumanya dtg dari Allah...Apa pun,korang mmg happening...Aku da upload gambaq2 kat picasa,tp kalu sesapa yg nk original size pictures,bley la kta eye ball,then tukaq2 gambaq...Jmpk lagi di lain XPDC dan jgn LUPA,email versi LOG masing2 dan kita jadikan satu lembaran utk dikenang pada masa dpn..."Suata perkenalan akan bermula dgn satu titik dan inilah permulaan kami"...

PHOTO GALLERY
Read more

Kursus Orang Gunung & ARP


KURSUS ORANG GUNUNG

1. BERKAITAN DENGAN BEBERAPA KEJADIAN KEHILANGAN DAN KEMALANGAN YANG BERLAKU DI TANAH-TANAH TINGGI SEMASA XPDC DILAKUKAN, BERIKUT ADALAH CADANGAN SAYA UNTUK MEMBANTU MENGELAKKAN ATAU MENURUNKAN KADAR KEMALANGAN TERSEBUT. SAYA INGIN MENGADAKAN KURSUS JANGKA PENDEK MENGENAI:


1. MAP, COMPASS AND GPS READING WITH PRATICAL.


2. BASIC JUNGLE SURVIVAL WITH PRATICAL.


3. RADIO COMUNICATION THEORY & PRATICAL.



2. KURSUS – KURSUS TERSEBUT MEMAKAN MASA SEHARI SUNTUK SETIAP HARI SABTU DAN AHAD BERMULA JAM 0900 PAGI HINGGA 0400 PETANG.


3. KAWASAN LATIHAN DI PERSEKITARAN HUTAN HULU GOMBAK.


4. BAYARAN DIKENAKAN SEBANYAK RM 50.00 SEORANG BAGI 1 KURSUS, RM 80.00 UNTUK 2 KURSUS ATAU RM 120.00 UNTUK 3 KURSUS SEORANG.


5. PESERTA-PESERTA PERLU MEMBAWA MAKANAN SENDIRI, KHEMAH. ( UNTUK 2 KURSUS PERLU BERMALAM DI HUTAN ) BUKU NOTA DAN BALLPEN. NOTA-NOTA SUKATAN DAN PERALATAN KURSUS AKAN DI SEDIAKAN. JUMLAH MINIMA PESERTA IALAH 4 ORANG. SESIAPA BERMINAT BOLEH HUBUNGI LT 012 – 2269 573 / 019 – 652 5926 / S M S / EMAIL : xlt9006@yahoo.com.my


LT. ( B ). KHAIRUL ANNUAR. PENGURUS, ECO GREEN ADVENTURE.








PROGRAM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ARP


PENDAHULUAN



Dalam hasrat kerajaan melahirkan rakyat yang berbilang bangsa kearah satu pencapaian berkualiti baik dari segi pembentukan pemikiran yang positif, fizikal yang sihat dan mempunyai tahap intelektual yang matang, maka adalah menjadi kewajipan bersama dalam usaha membantu menjayakan pertumbuhan generasi pelapis yang boleh diharap pada masa hadapan. Namun begitu kejayaan ini pasti tidak akan tercapai sekiranya peranan ini hanya terletak pada bahu ibu bapa dan tenaga pengajar disekolah-sekolah sahaja. Kita mahu anak kita berjaya, anak-anak kita memiliki kemahiran, maka kita perlu bertindak secara rasional dan sabar untuk melihat kejayaan mereka. Ini adalah pengharapan kita semua. Namun begitu untuk mengenal pasti potensi dan kemampuan diri anak-anak kita untuk belajar dengan cemerlang, membesar dalam suasana riang dan sihat, mempunyai sifat toleransi dan terpenting mempunyai daya untuk memimpin sesama mereka memerlukan persiapan fizikal, mental dan intelektual dari peringkat seawal-awalnya.



Gaya kehidupan pada masa kini yang semakin bercelaru dan mencabar mempengaruhi minda anak-anak dengan secara tidak disedari. Maka pendedahan pembelajaran secara lebih kreatif, inovatif dan seronok perlu diberi perhatian agar anak-anak dapat membesar dalam suasana riang namum mempunyai alternatif dan cemerlang serta dapat mengelakkan mereka terlibat kepada gejala yang tidak sihat.



Bagi melahirkan anak-anak yang mempunyai fikiran dan fizikal yang sihat, menghargai pelajaran, menghayati alam semulajadi, mempunyai semangat patriotik dan semangat nasionalisme yang kukuh, sifat toleransi muhibbah diantara kaum dan belajar memimpin dan menjadi pemimpin kecil sesama mereka. Maka mereka perlu didedahkan kepada program-program berorientasikan kembara, mesra alam, aktiviti pembinaan kumpulan, program kepimpinan yang telah disahkan berjaya dan amat popular pada masa ini. Selain dari menjadikan PROGRAM JATIDIRI & KEPIMPINAN ARP dalam bentuk gerak kerja kumpulan dan kembara alam, ianya juga sebagai nadi penggerak dalam memperkenalkan konsep pembelajaran NATURE & OUTDOOR EXPERIENTIAL LEARNING APPROACH sebagai cara membina minda, membentuk kencenderungan untuk terus belajar, pembentukan peribadi pemimpin yang positif dengan berlatar belakangkan aktiviti-aktiviti menarik. Diharap kita akan dapat membantu menjana pembentukan generasi pemimpin kecil diperingkat sekolah yang dinamik. Adalah menjadi harapan PROGRAM JATIDIRI & KEPIMPINAN ARP yang bakal diadakan ini akan lebih mendedahkan anak-anak kepada rahsia kebolehan diri mereka untuk memimpin didalam dunia kehidupan persekolahan mereka.








OUTDOOR EDUCATION……………..the use of experience in outdoors for education and development of the whole person.







OUTDOOR RECREATION……………the use of the outdoors for fun, satisfaction and enjoyable.







DEVELOPMENT TRAINING………….development of the whole person through a process of reviewing experiences and applying the learning.










OBJEKTIF



Memberi ruang dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri sebagai pemimpin pelajar dan pengerak organisasi.


Merangsang motivasi dalaman anak-anak belajar dan terus belajar dengan suasana riang penuh kecemerlangan.


Melatih berfikir secara rasional dan kritikal.


Mengenal diri dari sudut kelemahan dan berusaha memperbaikinya.


Melahir dan membimbing sifat kerjasama dan rasa muhibbah secara berkumpulan dan berbilang kaum.


Mendedahkan kepada aspek kreativiti, komunikasi, daya juang dan daya tahan.


Membangunkan personaliti gemar belajar, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan yang baik, menghargai masa, kebersihan dan terpenting ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan.






METHODOLOGI


Program JATI DIRI & KEMPIMPINAN ARP ini akan dikendalikan secara NATURE & OUTDOOR EXPERIENTAL LEARNING APPROACH dengan penyertaan individu dan berkumpulan, latihan intensif, perbincangan, seminar dan kembara alam, dimana pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengalaman baru dan sebenar untuk mengurus diri serta kumpulan, menghayati alam semulajadi dan kembara sains dan teknologi dengan melakukan beberapa bentuk latihan berkonsepkan I DO AND I UNDERSTAND. Kesemua latihan akan dikendalikan oleh pengurusan ECO GREEN ADVENTURE yang diterajui oleh bekas pegawai tentera, beberapa jurulatih serta kem kaunselor yang berpengalaman dan berkualiti didalam bidang ini dengan dibantu oleh guru-guru pengiring.







KANDUNGAN PROGRAM.



HARI PERTAMA


Tiba di kawasan perkhemahan.


Permainan Ice-breaking, memperkenalkan Jurulatih, Kem Kaunselor.


Pembahagian kumpulan dan Peralatan.


Demo memasang khemah dan latihan pratikal.


Taklimat keselamatan dan peraturan perkhemahan.


Kem orientasi.




CERAMAH 1 - PENGURUSAN MASA.

POST MORTEM MASA PERSENDIRIAN.

PANDUAN DAN ASAS PENGURUSAN MASA.

RUMUSAN PENGURUSAN MASA.



Persiapan untuk kembara malam.


Kembara malam.


Timbalbalas latihan kembara malam.


Pemeriksaan akhir dan persiapan diri.












HARI KEDUA



Persiapan diri, Menaikkan bendera dan Negara Ku.


Latihan asas jasmani dan permainan kumpulan.



CERAMAH 2 - SEJARAH DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA.

DAN

LATIHAN


Rentas hutan dan pengenalan kepada Hutan Hujan Tropika Malaysia.


Latihan asas ikhtiar hidup dihutan ( Membina perlindungan sementara, jerat dan perangkap, tumbuhan makanan dan tumbuhan perubatan, memasak tanpa bekas dan jungle hygine.



CERAMAH 3 - KOMUNIKASI

APA ITU KOMUNIKASI

FUNGSI KOMUNIKASI

TUJUAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

MODEL KOMUNIKASI

KOMUNIKASI TANPA LISAN



Latihan persembahan kumpulan.


Malam persembahan kumpulan.


Pemeriksaan akhir dan persiapan diri.









HARI KETIGA


Persiapan diri, menaikkan bendera dan Negara ku.


Larian Komando.



CERAMAH 4 - PENYELESAIAN MASALAH

ZAMAN YANG BERUBAH.

SIAPAKAH DI SEKELILING KITA

INGIN PERUBAHAN

ANALISIS SUASANA

APA ITU S W O T

ANALISIS S W O T

PELUANG

ANALISIS S W O T TERBAIK



LATIHAN DALAM KUMPULAN dan PELAN TINDAKAN.



CERAMAH 5 - CIRI – CIRI PEMIMPIN CEMERLANG

APA ITU KEPIMPINAN

SIAPA ITU PEMIMPIN

KEPIMPINAN YANG EFEKTIF

PERINSIP ASAS KEPIMPINAN

PANDANGAN ORANG YANG DI PIMPIN








Timbal balas program dan sesi komunikasi perbincangan.


Majlis penutup, penyampaian sijil penyertaan, bacaan ikrar, pemberian cenderahati peserta terbaik keseluruhan, kelakuan terpuji dan kepimpinan


Pemeriksaan akhir, pemeriksaan kawasan perkhemahan.


Peserta bersurai.









CAMP………………… gives childrens a world of good !





UNDERSTAND NATURE………….understand your self !!




TO LEAD ………………….. AND TO SERVE













LOKASI PROGRAM



Pihak ECO GREEN ADVENTURE mencadangkan lokasi yang agak berdekatan dengan sekolah dan bersesuaian untuk melaksanakan program JATI DIRI & KEPIMPINAN ARP




Lokasi Pertama: KEM REKREASI HUTAN ALANG SEDAYU , KM 25, GOMBAK, SELANGOR. Lokasi ini cuma dijarak 30 kilometer sahaja dari sekolah, mudah untuk sampai. Penginapan murid-murid dan guru-guru pengiring adalah menggunakan khemah dan dome. Makanan dan minuman disediakan. Berhampiran dengan Muzium Orang Asli sebagai rujukan untuk lawatan sambil belajar. Mempunyai kawasan perkhemahan yang luas, bersih dan nyaman. Mempunyai kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai untuk aktiviti gerakerja luar berkumpulan dan selamat. Berhampiran dengan Hospital Orang Asli untuk tujuan rawatan kecemasan awal. Bagaimana pun dicadangkan, satu lawatan dibuat terhadap tapak, bagi memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai kesesuaiannya bagi program yang akan dijalankan.






TARIKH DAN MASA


Penentuan bagi tarikh dan masa untuk melaksanakan program ini bergantung sepenuhnya kepada ketetapan pihak sekolah. Kami mencadangkan program selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada petang hari Jumaat dan berakhir pada petang hari Ahad. Pihak kami hendaklah dihubungi dengan segera mengenai penetapan tarikh tersebut untuk memudahkan kami menempah kawasan perkhemahan dan penyediaan makanan dari pihak ketiga.










SENARAI PERALATAN PELAJAR


Peralatan persendirian seperti berikut perlu dibawa oleh pelajar-pelajar bagi memudahkan kelancaran program:


Topi hutan ataupun cap.

Baju T sebanyak 3 helai termasuk baju untuk tidur.

Seluar sukan panjang/ track suit/ jeans atau khaki 3 helai.

Stokin 3 pasang.

Kasut sukan atau walking shoe dan selipar / sandal.

Beg galas mengisi pakaian.

Lampu suluh beserta mentol dan bateri.

Tuala mandi, berus dan ubat gigi, sabun mandi.

Ubat-ubatan persendirian.

Kain selimut dan bantal kecil.

Buku nota kecil, ballpen dan sarung plastik disediakan.


BARANG-BARANG KEMAS TIDAK DIBENAR PAKAI KECUALI JAM TANGAN SAHAJA. PENGGUNAAN HANDPHONE DIHARAMKAN SAMA SEKALI.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Perkhidmatan yang disediakan oleh Eco Green Adventure seperti berikut:

Jurulatih, Kem Kaunselor dan Medic.

Khemah Dome muat 4 orang.

Makanan dan minuman untuk 6 kali.

Lawatan ke Muzium Orang Asli.

Program untuk 3 hari 2 malam.

Peralatan program seperti peta topo, kompas, Walkie-talkie, dan lain-lain.

Cenderahati peserta terbaik satu, dua dan ketiga.

Satu kenderaan tunggu sedia untuk kecemasan.



BAYARAN YANG DIKENAKAN


Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 120.00 bagi pakej 2 hari 1 malam, RM 150.00 bagi 3 hari 2 malam dan bagi guru pula adalah percuma pada kadar ratio 1 guru : 10 pelajar. Bayaran ini walau bagaimana pun tidak termasuk perlindungan insuran berkelompok ataupun bayaran pengangkutan pergi balik kesekolah.




CARA PEMBAYARAN


Pembayaran sebanyak 50% dikenakan apabila pengesahan tempahan program dibuat oleh pihak sekolah. Dan bakinya hendaklah diselesaikan 7 hari sebelum semasa tiba di kawasan perkhemahan. Pihak kami memerlukan bayaran pendahuluan untuk bayaran tempahan tapak, peralatan, makan minum dan bayaran untuk jurulatih dan kem kaunselor. Bayaran hendaklah dibuat atas nama:


ECO GREEN ADVENTURE.

No Akaun Affin Bank : 10057 000 9198


Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek berpalang dan satu resit rasmi akan dikeluarkan.





LAIN-LAIN HAL

Segala pertanyaan untuk penjelasan boleh diajukan kepada:

LT. Khairul Annuar 012 - 2269 573 /019 – 652 5926 / xlt9006@yahoo.com.my





PENUTUP

Ucapan terima kasih diatas kesudian dan kepercayaan pihak sekolah menggunakan perkhidmatan dan kepakaran Eco Green Adventure. Semoga usaha murni dan keikhlasan kita bersama akan dapat menjayakan program JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ARP dan seterusnya program ini membuahkan kejayaan. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak penyertaan badan swasta bagi membantu kearah kecemerlangan pelajar-pelajar akan tercapai seperti mana seranan kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan khasnya. InsyaAllah………………..

Read more

Logo Rasmi Kuntau Adventure




taaa daaaaaaaaaaaaa....Nie la logo rasmi kuntau adventure team...as soon as possible,design t-shirt XPDC Trans dan Banner XPDC akan di upload....tunggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...................
Read more

XPDC Gng Tangga(22-24 Mei 2009)

Aktivit Ujung Minggu utk Lepas Tension

Byaran utk XPDC,Rm 30 jee...
Utk pengangkutan,Rm 20 then sesapa yg nk p sendrik,Rm30 je la...

Bayaran merangkumi :
mkn n minum atas gng
peralatan xpdc(khemah n dapur)
guide
permit
4x4

22 Mei 2009(XPDC Gng Tangga,6 608 ft)

6 ptg - Bertolak ke CH,berkumpul d sekitar Batu Caves
10 mlm - Dijangka tiba d CH.Mkn isi prut n apa2 yg patut
11 malam - Berehat sambil briefing dari Guide,LT n Direktor program.Bincang utk trip ke Gng Tangga
10.30 malam -Last check barang2 xpdc.
11.30 malam -Tido !!!

23 Mei 2009

6.20 pagi – Bangun dan solat berjemaah
8 pagi - Sarapan
8.30 pagi – Bersiap-siap utk mendaki
9 pagi – start mendaki dari Starting point : Tepi highway

Starting Point
Pos Brooke kat tgh jalan raya CH - Gua Musang. 38 KM dari Blue Valley. SK Pos Brooke adalah 'landmark' Pos Brooke. Kita mula emndaki dari kg Orang Asli kat atas bkt dkt2 situ.

Laluan Pakma
Lps 15 minit dari trek balak camtu,akan jmpk sungai .ada la denai2 sket kat sini. Ada denai hala ke pokok2 pakma. Kita lalu denai dgn sungai kat sebelah kiri kita.

Air Terjun Sg Wi Kecil
Sekitar 30 minit prjalanan,kita jmpk Air Terjun Sg. Wi Kecil. Sumber air kat sini jernih n tak keroh walaupun time hujan. Tak jauh dr Air Terjun Sg. Wi Kecil kita perlu melintas jeram dr Sg. Wi. Ada anak sungai sebelah sungai ini. Kita bley amek air bersih utk bekalan kat sini. Sepanjang laluan nie kita masih bley jmpk pokok pakma.

Trek ke puncak agak jauh walaupun tak byk laluan mencanak. Ada beberapa bukit tipu sebelum kita sampai ke puncak gunung nie. Trek masih agak jelas walaupun tak ada tanda sepanjang trek.

Puncak
Puncak gunung ini ditandakan dengan batu tanda bertiang besi. Keadaan sekitar batu tanda bersih mcm terjaga. Keluasan puncak bley muatkan 10 - 15 org utk bermalam.

24 Mei 2009

Bertolak trun dari puncak ke Pos Brooke.
Sesi bergambar n bersurai…
Read more

Safety part

- Yaesu vx-170
- TYT VHF Radio
- GPS
- Topo map
- Guide O.A(Pak Kasim n Rajis)
- Apa2 pun,doa dan niat yg btol akan memberi sribu satu nikmat mendaki gng...
Read more

Gallery

Read more

Pak Kasim

sdikit info :

anak pak kasim(guide) dimasukkan ke hospital besar ipoh kelmarin kerana paru2 berair dan disyaki sakit buah pinggang...sama2 la kta doakan agar anak beliau cepat sembuh,amin...
Read more

Log Perjalanan

24 Jun 2009
- sekitar jam 8 mlm,berkumpul d stesen lrt titiwangsa...
- check beg dan bergerak ke stesen plaza rakyat utk ke Puduraya...
- 9-10 mlm,suai kenal asas dgn rakan2...
- sekiranya yg pergi sendiri ke Pudu,make sure pkul 9 mlm da ada d sana...
- pkul 10.30 mlm,insyaAllah,naik bas menuju ke ipoh(medan gopeng)...

25 Jun 2009

Kg.Makmur - kem pangkin - kem sg. seno`oi - kem view

- sekitar jam 2-3 pagi,sampai ke medan gopeng...
- berehat seketika,sbb tdo atas bas da mencukupi :D
- get ready,tggu 4x4 sampai utk ke kg makmur
- mkn pagi tu,pack siap2...
- nasi or roti...
- sekitar jam 7-9 pagi,akan start tracking...
- sampai kem view,team orang dapoq akan start masak...
- yg orang kuat,pasang khemah dan sbgainya...

26 Jun 2009

Kem view - Last Water Point - kem permatang - bonsai tonggek - Port view ipoh - Port menyengat – Gng Korbu


- sekitar jam 7 pagi da ready utk tracking
- check brg2,sarapan then start tracking
- orang dapoq akan pack ration utk tgh hari siap2 tp kalu lg cantek,bwk roti or apa2 ration sendrik yg ringan sbb kalo berhenti mkn tgh hari,lambat...
- sampai ja kat Gng Korbu,buat tmpt tdoq n etc...
- mkn mlm,sembang2,tangkap gamba ka,apa ka...
- pastu tdoq...

27 Jun 2009

Gng Korbu - Gng Gayong- kem cerek – Junction

-
sama jugak,pkui 7 camtu da ready apa suma,start tracking...
- so da sampai junction,time to sleep,mkn n etc...

28 Jun 2009

Junction - H2o - Gng Yong Belar

-
pagi2 lg,pendekar penyu da gerak...
- start tracking sampai la ke yong belar
- bkk fly,khemah,tdoq...

29 Jun 2009

Gng Yong Belar - Anak Gayong - Kem Kuali - Puncak Gurkha - Kem Gurkha

-
pagi2 start tracking sampai Kem Gurkha

30 Jun 2009

Kem Gurkha - Gng Chali Pondok - Gng 3 Negeri - Puncak 6040' - Kem Topo - Kem

TNB,Blue Valley

-
pagi2 start tracking,so kuar ke Dam dlm kul 5 camtu...
- nek 4x4 ke Tanah Rata/Pos Brooke
- insyaAllah,ada mkn2 cket sblum bersurai
- mlm tu wat post mortem cket dgn guide n mungking LT akan ada skali
- kalu sewa aparment,tido la mlm tu dgn nyenyak...

1 Julai 2009

- pagi tu maybe jln2 kat tanah rata or brinchang...
- bas terakhir ke KL pkul 3.30 ptg,kurnia bestari...
- sampai Pudu,bersurai... Jmpk lg d lain xpdc...

*pembelian tiket akan diuruskan oleh pihak kitorang n kitorang berharap sgt korang dpt beri kerjasama dgn pengesahan awal,iaitu kalu bersetuju utk pergi,isi borang Online dan sertakan Rm 50 utk segala persediaan...tQ..


Read more

Payment

Pembayaran

a) Maybank2u - 164799035200 ( azim afif)

b) Tunai-call/sms and arrange time n tempat - 013-2565825

Email pengesahan pembayaran dari M2U ke azimxafif13@gmail.com

Yuran TransTT seminggu sblum XPDC - 18 Jun 2009

Utk 3 org yg early bird(tempahan awal), Rm 170 sahaja !!!!

Bayaran merangkumi :

- Jurupandu(guide berlesen)

- Makan dan Minum atas gng semasa XPDC

- Sijil

- T-Shirt XPDC

- Pengangkutan dari KL-Ipoh dan blk dari Cameron Highlands-KL

- Perhubungan dan telekomunikasi(Walkie talkie n etc.)

- Peralatan perkhemahan

- Asas perkhemahan

- Asas mendaki

- Asas ikhtiar hidup

- Permit Hutan

- Permit Polis



7 Hari / Rm 200 = Rm 26 je/ hari


Sebarang kemusykilan bley emel trus kpd azimxafif13@gmail.com atau azimxafif@yahoo.com ( YM )


Read more

Kenali Guide,Direktor,Pen Direktor dan etc...

Antara-antara program oleh Direktor(azim)

Yong Belar

Yong yap v1

Gng Yong Belar

Gng Kinabalu

Kinabalu

Yong Yap v2

Yong Yap v2


Azim(Direktor) n Syima(Pen Direktor)


Pak Kasim a.k.a Guide Pendekar Penyu
Read more

Alatan Asas Pergunungan

Kelengkapan Asas Pergunungan(TransTT 09)

1. Beg mendaki yang sesuai(45 liter dan ke atas)

2. Kasut yang sesuai dan selesa

3. Sleeping beg

4. Lampu suluh

5. Sleeping mat

6. Botol minuman individu

7. Makanan kecemasan 24 jam


Kelengkapan tambahan penting untuk gunung Tangga

1. Makanan ringan, coklat, air minuman.

2. Light stick

3. Kompas

4. Pakaian mendaki 3 set

5. Pakaian kering dan bersih utk tido dan solat,masing2 satu set.

6. Pakaian, sleeping beg dan benda2 penting yg lain dibalut dlm beg plastik dgn kemas.

7. Ubat-ubatan sendiri dan minyak angin.

8. Sandal atau slipper bertutup.

9. Pemetik api.

10. Bateri yg mencukupi

11. Beg plastik

12. Ubat nyamuk

13. Berus gigi

Benda-benda larangan

1. Perfume

2. Barang2 aksesori yg xdiperlukan

3. Pakaian yg berlebihan

© Kuntau Adventure Club

Read more

Borang Penyertaan


SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

EN. AZIM AFIF B ISHAK - 013-2565825

CIK SAIDATUL SYIMA BT MOHD SAHARUDDIN - 013-3116052

PENGAKUAN

Penyertaan saya sebagai peserta Program XPDC Transtitiwangsa adalah atas kerelaan saya sendiri. Sehubungan dengan itu, sekiranya sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap diri saya adalah kecuaian saya sendiri, maka adalah tidak dipertanggungjawabkan kepada pihak penganjur.


Read more

Aktiviti terkini !!!



XPDC Transtitiwangsa pada 25 jun - 1 julai 2009...
Mendaki dari Gng Korbu(Ulu Kinta,Perak) sehingga ke Gng Yong Belar(Blue Valley,Cameron Highlands).



XPDC TRANSTITIWANGSA KUNTAU ADVENTURE TEAM

Guide: Pak Kasim n Rajis/(TBD)

Tarikh: 25 Jun – 1 Julai 2009

Puduraya – Ulu Kinta – Blue Valley – Cameron – Kuala Lumpur

G2 – Korbu(7 162’)

G3 – Yong Belar( 7 156’)

G4 – Gayong(7 129’)

Route


Intake Ulu Kinta(Gng Korbu) – Blue Valley(Gng Yong Belar)


Intake Ulu Kinta
- Kat Ulu Kinta dan jd tempat mula mendaki. Pndkaian start dkt Pej Utan Ulu Kinta. Ada sungai n warung Orang Asli(OA) kat sini.


Kg.Makmur - kem pangkin - kem sg. seno`oi - kem view

- Malam 1st dijangka kat kem view.


Kem view - Last Water Point - kem permatang - bonsai tonggek - Port view ipoh - Port menyengat – Gng Korbu

- Malam 2nd dijangka kat Gng Korbu


Gng Korbu - Gng Gayong- kem cerek – Junction

- Malam 3rd dijangka kat Junction


Junction - H2o - Gng Yong Belar

- Malam 4th dijangka kat puncak Yong Belar


Gng Yong Belar - Anak Gayong - Kem Kuali - Puncak Gurkha - Kem Gurkha

- Malam 5th dijangka kat Kem Gurkha


Kem Gurkha - Gng Chali Pondok - Gng 3 Negeri - Puncak 6040' - Kem Topo - Kem

TNB,Blue Valley

- Hari 6th dijangka kluar ke Blue Valley


*andai kata ada pendaki yg sdikit pancit,mungkin kita perlu 7 hari utk habiskan trek tp 7 hari adalah tempoh maksimum.


© Kuntau Adventure Team


Bayaran XPDC : Rm 200.00


Bayaran merangkumi :

- Jurupandu(guide berlesen)

- Makan dan Minum atas gng semasa XPDC

- Sijil

- T-Shirt XPDC

- Pacuan empat roda ke Intake Ulu Kinta,Perak dan kluar dari Blue Valley,Cameron Highlands

- Pengangkutan dari KL-Ipoh dan blk dari Cameron Highlands-KL

- Perhubungan dan telekomunikasi(Walkie talkie n etc.)

- Peralatan perkhemahan

- Asas perkhemahan

- Asas mendaki

- Asas ikhtiar hidup

- Permit Hutan

- Permit Polis


*Portion utk bayaran hanyalah Rm 26.00/sehari sahaja(Rm 200.00 / 7 Hari) ....Namun satu prinsip XPDC TransTT Team Kuntau adalah,keselamatan,keselamatan,keselamatan then Keseronokan...

"One 4 All,All for One..."


Kpd sesapa yg berminat bley menempah tmpat sbb tempat adalah terhad...

Peserta perlu memberi deposit Rm 50 selewat-lewatnya 1 Jun 2009 utk tempahan tempat...

Baki bayaran perlu dijelaskan seminggu sblum XPDC...

Bayaran bley dilakukan melalui m2u @ 164799035200 (maybank: azim afif) @ secara tunai...Kpd sesapa yg telah membuat bayaran internet,sila hantar salinan pengesahan bayaran ke email( azimxafif13@gmail.com)...


Untuk maklumat lanjut, sila email kpd azimxafif13@gmail.com (azim)

dan kpd peserta perempuan, bley berurusan email kpd haziq_hariss@yahoo.com.my (syima)


Sekian,wassalam...

Read more

Bismillahirahmanirrahim...

Semoga kuntau adventure team dpt dikumpulkan dgn kualiti dan kuantiti yg bermutu tinggi...
Read more

Contact Us


Azim Afif - 013-256 5825
(google talk-azimxafif13@gmail.com YM-azimxafif@yahoo.com)




saidatul syima - 013-311 6052
(YM-ssyima@yahoo.com)



"Do not hesitate to contact us..."
Read more
 

Kuntau Adventure Team Design by Insight © 2009