Berkumpul

24 Jun 2009

Berkumpul jam 8.30 mlm kat LRT Titiwangsa,then naik tren ke LRT Plaza Rakayat....naik bas kat puduraya......bwk semua peralatan sekali...jgn tertinggal apa2...so ramai2 naik bas ke Ipoh.Tlg make sure timing is sharp instead of bus around 10 pm...

semua akan bergerak dari KL kecuali Thala'idin yg berada d sungkai so beliau trus ke medan gopeng...
Read more

Eyeball Trans TT 2009

Rakan2,kita buat eyeball kat Mali's corner,Tmn Bunga Raya...dekat dgn TAR College,Genting Klang...

Tempat : Mali's corner(sapa2 guna gps, Coordinates: 3°12'44"N 101°43'44"E )
Waktu : 9 malam
Tarikh : 21 Jun 2009

Harap Maklum...
Read more

Eyeball

Rakan-rakan,aku nk buat satu perjumpaan ringkas dulu b4 p trans...tlg bg cadangan tarikh...

cadangan aku,21 Jun 2009...waktu korang decide...so tlg ye bg cadangan lain..URGENT !!!

bg cadangan kat shout box...tQ...
Read more

Perubahan Penting : XPDC Trans TT

Perubahan Trek XPDC Trans TT

24 Jun 2009

KL-Batu Gajah

- Dalam pkul 9 mlm.bertolak ke Batu Gajah,naik kereta(car pool)
- Lbey kurang 12 malam,smpai ke Elephant Stone,brehat utk hari pertama XPDC yg menjanjikan cabaran fizikal,mental mahupun rohani...

25 Jun 2009

Sg Temin - Kem Bus Stop - Bkt Nenas - Kem Seroja - Kem Kijang

- sekitar jam 2-3 pagi,sampai ke medan gopeng...
- berehat seketika
- get ready,tracking ke sg temin
- mkn pagi tu,pack siap2...
- nasi or roti...
- sekitar jam 7 pagi,akan start tracking...
- sampai Kem Kijang,suma gotong royong masak
- yg orang kuat,pasang khemah dan sbgainya...

26 Jun 2009

Kem Kijang - Last Water Point - Bukit Botak - Gng Korbu

- sekitar jam 7 pagi da ready utk tracking
- check brg2,sarapan then start tracking
- orang dapoq akan pack ration utk tgh hari siap2 tp kalu lg cantek,bwk roti or apa2 ration sendrik yg ringan sbb kalo berhenti mkn tgh hari,lambat...
- sampai ja kat Gng Korbu,buat tmpt tdoq n etc...
- mkn mlm,sembang2,tangkap gamba ka,apa ka...
- pastu tdoq...

27 Jun 2009

Gng Korbu - Gng Gayong- kem cerek – Junction

- sama jugak,pkui 7 camtu da ready apa suma,start tracking...
- so da sampai junction,time to sleep,mkn n etc...

28 Jun 2009

Junction - H2o - Gng Yong Belar

- pagi2 lg,pendekar penyu da gerak...
- start tracking sampai la ke yong belar
- bkk fly,khemah,tdoq...

29 Jun 2009

Gng Yong Belar - Anak Gayong - Kem Kuali - Puncak Gurkha - Kem Gurkha

- pagi2 start tracking sampai Kem Gurkha

30 Jun 2009

Kem Gurkha - Gng Chali Pondok - Gng 3 Negeri - Puncak 6040' - Kem Topo - Kem

TNB,Blue Valley

- pagi2 start tracking,so kuar ke Dam dlm kul 5 camtu...
- tracking ke simpang ke CH,tggu bas kurnia bestari,bertolak ke Gopeng(nek 4x4 ke Tanah Rata/Pos Brooke) ----
- insyaAllah,ada mkn2 cket sblum bersurai
- wat pos mortem kat gopeng(mlm tu wat post mortem cket dgn guide n mungking LT akan ada skali) ---- subject to change
- tido

1 Julai 2009

- dari simpang pulai ke tanah rata or brinchang(pagi tu maybe jln2 kat tanah rata or brinchang...) ---- subject to change

* yg dlm kurungan pada 2 hari terakhir adalah plan asal di mana akan dibincang semula atas sbb bilangan peserta yg hanya 7 org,so memerlukan perbincangan semula antara peserta....

*prubahan trek adalah kerana trek sg senooi x brapa mengizinkan di mana buluh smakin kejam...

Harapa Maklum,sory atas segala kesulitan....
Read more

Log Gng Tangga(23 - 24 Mei 2009)

Sumbangan Saudara Ijan

23 mei

330 am- tiba di sekolah pos broke, tidur.
630am- bangkit tidur, packing, tidur..
800am- sarapan dirumah pak kasim
930am - naik 4wd ke starting point...baru 30 minit naik, 4wd rosak plak..menapak lg 30 minit..
1030am - tiba di starting point ( laluan pakma )
1130am - tiba di sg wi kecil, lunch 1 jam
1230pm - start treking ke last water point ( 4jam )
300pm - 400pm - tiba di LWP, hujan, sejuk, lapar...rest.tunggu org blakang ( 1jam jgk )
530pm - Tiba di kem stokin, pasang fly, tukar baju..berehat..
800pm- makan, tidur, makan, borak, mengondi...tidur..

24mei

7am- bangun tido, packing, breakfast
830 am - treking to puncak
930 am - sampai puncak, bergambar..mengarut..
11am - turun ke campsite
12pm - treking turun...byk kali tangkap bewak ..su dn salman..ijan sekali je..
330pm - tiba di sg wi kecil..makan..mandi..rest
5pm- sambung treking keluar..
630pm- tiba di rumah pak kasim.mandi..kemas..
10pm - makan kt medan gopeng
12am- pulang ke KL
Read more

Trans TT Check List

Plz take note of this check list :

1- Harversack(minimum 45 litre)
2- Sleeping bag
3- Sleeping mat
4- Rain cover
5- Beg plastik sampah yg mencukupi
6- Torch light
7- kasut yg sesuai(1 kasut mendaki,1 kasut sandel/selipar)
8- peralatan diri(ubat gigi dan sbgainya)
9- ubat sendrik(yg khusus dan yg am mcm minyak angin,panadol,bandage dan plaster)
10- pakaian(badget utk 6 Hari 5 Malam,baju utk solat,tido dan tracking)
11- bateri yg mencukupi
12- makanan tambahan(maggie,coklat,air kordial and so on)
13- pemetik api(xkira smoking or tidak)
14- for at least,pisau atau parang
15- botol air jgn lupa
16- pinggan & cawan plastik/pkai buang
17- stokin yg mencukupi
18- mastin
19- barang2 lain yg rasa perlu dibawa

PERHATIAN :

- pada sapa2 yg ada flysheet yg ringan,ground,khemah,dapur mini or any expedition geartlg inform sbb kta buat konsep kumpul barang...tapi dimintak bg tahu awal supaya barang2 dpt diurus dgn kemas...

* Rations akan diagih pada hari xpdc,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing...
* Beg jgn terlalu berat,hanya bwk barang yg perlu...

* Yg terakhir,sila buat bayaran dan nyatakan saiz t-shirt anda..

tQ
Read more

Lagu Tema

Lagu Tema Trans TT

Mulanya Di Sini

( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

( P: )
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
Read more
XPDC Gunung Rajah

18-19 Julai 2009

Penganjur - ARC IIUM

Sabtu pagi start treking then Ahad turun

Guide : RM 10/sorang
Permit : RM 5/sorang

Total : RM 15 sahaja

Kalu nk pegi,contact :

Azim : 013-2565825
Ijan : 019-97396598

*Rations dan transportation sendrik tanggung...
Info lanjut akan diupload dlm masa terdekat
Utk transport,maybe bley car pool...

Wassalam
Read more

T-shirt trans

Align CenterBlakang

Depan

Nie la baju trans tt...
Read more

Ucapan jutaan trima kasih kpd yg join xpdc Gng Tangga,23-24 MEI 2009 yg lepas...Sy memohon maaf skiranya terkasar bahasa ataw tersilap kata...yg kurang dtg dari sy dan yg baik sumanya dtg dari Allah...Apa pun,korang mmg happening...Aku da upload gambaq2 kat picasa,tp kalu sesapa yg nk original size pictures,bley la kta eye ball,then tukaq2 gambaq...Jmpk lagi di lain XPDC dan jgn LUPA,email versi LOG masing2 dan kita jadikan satu lembaran utk dikenang pada masa dpn..."Suata perkenalan akan bermula dgn satu titik dan inilah permulaan kami"...

PHOTO GALLERY
Read more

Kursus Orang Gunung & ARP


KURSUS ORANG GUNUNG

1. BERKAITAN DENGAN BEBERAPA KEJADIAN KEHILANGAN DAN KEMALANGAN YANG BERLAKU DI TANAH-TANAH TINGGI SEMASA XPDC DILAKUKAN, BERIKUT ADALAH CADANGAN SAYA UNTUK MEMBANTU MENGELAKKAN ATAU MENURUNKAN KADAR KEMALANGAN TERSEBUT. SAYA INGIN MENGADAKAN KURSUS JANGKA PENDEK MENGENAI:


1. MAP, COMPASS AND GPS READING WITH PRATICAL.


2. BASIC JUNGLE SURVIVAL WITH PRATICAL.


3. RADIO COMUNICATION THEORY & PRATICAL.



2. KURSUS – KURSUS TERSEBUT MEMAKAN MASA SEHARI SUNTUK SETIAP HARI SABTU DAN AHAD BERMULA JAM 0900 PAGI HINGGA 0400 PETANG.


3. KAWASAN LATIHAN DI PERSEKITARAN HUTAN HULU GOMBAK.


4. BAYARAN DIKENAKAN SEBANYAK RM 50.00 SEORANG BAGI 1 KURSUS, RM 80.00 UNTUK 2 KURSUS ATAU RM 120.00 UNTUK 3 KURSUS SEORANG.


5. PESERTA-PESERTA PERLU MEMBAWA MAKANAN SENDIRI, KHEMAH. ( UNTUK 2 KURSUS PERLU BERMALAM DI HUTAN ) BUKU NOTA DAN BALLPEN. NOTA-NOTA SUKATAN DAN PERALATAN KURSUS AKAN DI SEDIAKAN. JUMLAH MINIMA PESERTA IALAH 4 ORANG. SESIAPA BERMINAT BOLEH HUBUNGI LT 012 – 2269 573 / 019 – 652 5926 / S M S / EMAIL : xlt9006@yahoo.com.my


LT. ( B ). KHAIRUL ANNUAR. PENGURUS, ECO GREEN ADVENTURE.








PROGRAM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ARP


PENDAHULUAN



Dalam hasrat kerajaan melahirkan rakyat yang berbilang bangsa kearah satu pencapaian berkualiti baik dari segi pembentukan pemikiran yang positif, fizikal yang sihat dan mempunyai tahap intelektual yang matang, maka adalah menjadi kewajipan bersama dalam usaha membantu menjayakan pertumbuhan generasi pelapis yang boleh diharap pada masa hadapan. Namun begitu kejayaan ini pasti tidak akan tercapai sekiranya peranan ini hanya terletak pada bahu ibu bapa dan tenaga pengajar disekolah-sekolah sahaja. Kita mahu anak kita berjaya, anak-anak kita memiliki kemahiran, maka kita perlu bertindak secara rasional dan sabar untuk melihat kejayaan mereka. Ini adalah pengharapan kita semua. Namun begitu untuk mengenal pasti potensi dan kemampuan diri anak-anak kita untuk belajar dengan cemerlang, membesar dalam suasana riang dan sihat, mempunyai sifat toleransi dan terpenting mempunyai daya untuk memimpin sesama mereka memerlukan persiapan fizikal, mental dan intelektual dari peringkat seawal-awalnya.



Gaya kehidupan pada masa kini yang semakin bercelaru dan mencabar mempengaruhi minda anak-anak dengan secara tidak disedari. Maka pendedahan pembelajaran secara lebih kreatif, inovatif dan seronok perlu diberi perhatian agar anak-anak dapat membesar dalam suasana riang namum mempunyai alternatif dan cemerlang serta dapat mengelakkan mereka terlibat kepada gejala yang tidak sihat.



Bagi melahirkan anak-anak yang mempunyai fikiran dan fizikal yang sihat, menghargai pelajaran, menghayati alam semulajadi, mempunyai semangat patriotik dan semangat nasionalisme yang kukuh, sifat toleransi muhibbah diantara kaum dan belajar memimpin dan menjadi pemimpin kecil sesama mereka. Maka mereka perlu didedahkan kepada program-program berorientasikan kembara, mesra alam, aktiviti pembinaan kumpulan, program kepimpinan yang telah disahkan berjaya dan amat popular pada masa ini. Selain dari menjadikan PROGRAM JATIDIRI & KEPIMPINAN ARP dalam bentuk gerak kerja kumpulan dan kembara alam, ianya juga sebagai nadi penggerak dalam memperkenalkan konsep pembelajaran NATURE & OUTDOOR EXPERIENTIAL LEARNING APPROACH sebagai cara membina minda, membentuk kencenderungan untuk terus belajar, pembentukan peribadi pemimpin yang positif dengan berlatar belakangkan aktiviti-aktiviti menarik. Diharap kita akan dapat membantu menjana pembentukan generasi pemimpin kecil diperingkat sekolah yang dinamik. Adalah menjadi harapan PROGRAM JATIDIRI & KEPIMPINAN ARP yang bakal diadakan ini akan lebih mendedahkan anak-anak kepada rahsia kebolehan diri mereka untuk memimpin didalam dunia kehidupan persekolahan mereka.








OUTDOOR EDUCATION……………..the use of experience in outdoors for education and development of the whole person.







OUTDOOR RECREATION……………the use of the outdoors for fun, satisfaction and enjoyable.







DEVELOPMENT TRAINING………….development of the whole person through a process of reviewing experiences and applying the learning.










OBJEKTIF



Memberi ruang dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri sebagai pemimpin pelajar dan pengerak organisasi.


Merangsang motivasi dalaman anak-anak belajar dan terus belajar dengan suasana riang penuh kecemerlangan.


Melatih berfikir secara rasional dan kritikal.


Mengenal diri dari sudut kelemahan dan berusaha memperbaikinya.


Melahir dan membimbing sifat kerjasama dan rasa muhibbah secara berkumpulan dan berbilang kaum.


Mendedahkan kepada aspek kreativiti, komunikasi, daya juang dan daya tahan.


Membangunkan personaliti gemar belajar, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan yang baik, menghargai masa, kebersihan dan terpenting ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan.






METHODOLOGI


Program JATI DIRI & KEMPIMPINAN ARP ini akan dikendalikan secara NATURE & OUTDOOR EXPERIENTAL LEARNING APPROACH dengan penyertaan individu dan berkumpulan, latihan intensif, perbincangan, seminar dan kembara alam, dimana pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengalaman baru dan sebenar untuk mengurus diri serta kumpulan, menghayati alam semulajadi dan kembara sains dan teknologi dengan melakukan beberapa bentuk latihan berkonsepkan I DO AND I UNDERSTAND. Kesemua latihan akan dikendalikan oleh pengurusan ECO GREEN ADVENTURE yang diterajui oleh bekas pegawai tentera, beberapa jurulatih serta kem kaunselor yang berpengalaman dan berkualiti didalam bidang ini dengan dibantu oleh guru-guru pengiring.







KANDUNGAN PROGRAM.



HARI PERTAMA


Tiba di kawasan perkhemahan.


Permainan Ice-breaking, memperkenalkan Jurulatih, Kem Kaunselor.


Pembahagian kumpulan dan Peralatan.


Demo memasang khemah dan latihan pratikal.


Taklimat keselamatan dan peraturan perkhemahan.


Kem orientasi.




CERAMAH 1 - PENGURUSAN MASA.

POST MORTEM MASA PERSENDIRIAN.

PANDUAN DAN ASAS PENGURUSAN MASA.

RUMUSAN PENGURUSAN MASA.



Persiapan untuk kembara malam.


Kembara malam.


Timbalbalas latihan kembara malam.


Pemeriksaan akhir dan persiapan diri.












HARI KEDUA



Persiapan diri, Menaikkan bendera dan Negara Ku.


Latihan asas jasmani dan permainan kumpulan.



CERAMAH 2 - SEJARAH DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA.

DAN

LATIHAN


Rentas hutan dan pengenalan kepada Hutan Hujan Tropika Malaysia.


Latihan asas ikhtiar hidup dihutan ( Membina perlindungan sementara, jerat dan perangkap, tumbuhan makanan dan tumbuhan perubatan, memasak tanpa bekas dan jungle hygine.



CERAMAH 3 - KOMUNIKASI

APA ITU KOMUNIKASI

FUNGSI KOMUNIKASI

TUJUAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

MODEL KOMUNIKASI

KOMUNIKASI TANPA LISAN



Latihan persembahan kumpulan.


Malam persembahan kumpulan.


Pemeriksaan akhir dan persiapan diri.









HARI KETIGA


Persiapan diri, menaikkan bendera dan Negara ku.


Larian Komando.



CERAMAH 4 - PENYELESAIAN MASALAH

ZAMAN YANG BERUBAH.

SIAPAKAH DI SEKELILING KITA

INGIN PERUBAHAN

ANALISIS SUASANA

APA ITU S W O T

ANALISIS S W O T

PELUANG

ANALISIS S W O T TERBAIK



LATIHAN DALAM KUMPULAN dan PELAN TINDAKAN.



CERAMAH 5 - CIRI – CIRI PEMIMPIN CEMERLANG

APA ITU KEPIMPINAN

SIAPA ITU PEMIMPIN

KEPIMPINAN YANG EFEKTIF

PERINSIP ASAS KEPIMPINAN

PANDANGAN ORANG YANG DI PIMPIN








Timbal balas program dan sesi komunikasi perbincangan.


Majlis penutup, penyampaian sijil penyertaan, bacaan ikrar, pemberian cenderahati peserta terbaik keseluruhan, kelakuan terpuji dan kepimpinan


Pemeriksaan akhir, pemeriksaan kawasan perkhemahan.


Peserta bersurai.









CAMP………………… gives childrens a world of good !





UNDERSTAND NATURE………….understand your self !!




TO LEAD ………………….. AND TO SERVE













LOKASI PROGRAM



Pihak ECO GREEN ADVENTURE mencadangkan lokasi yang agak berdekatan dengan sekolah dan bersesuaian untuk melaksanakan program JATI DIRI & KEPIMPINAN ARP




Lokasi Pertama: KEM REKREASI HUTAN ALANG SEDAYU , KM 25, GOMBAK, SELANGOR. Lokasi ini cuma dijarak 30 kilometer sahaja dari sekolah, mudah untuk sampai. Penginapan murid-murid dan guru-guru pengiring adalah menggunakan khemah dan dome. Makanan dan minuman disediakan. Berhampiran dengan Muzium Orang Asli sebagai rujukan untuk lawatan sambil belajar. Mempunyai kawasan perkhemahan yang luas, bersih dan nyaman. Mempunyai kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai untuk aktiviti gerakerja luar berkumpulan dan selamat. Berhampiran dengan Hospital Orang Asli untuk tujuan rawatan kecemasan awal. Bagaimana pun dicadangkan, satu lawatan dibuat terhadap tapak, bagi memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai kesesuaiannya bagi program yang akan dijalankan.






TARIKH DAN MASA


Penentuan bagi tarikh dan masa untuk melaksanakan program ini bergantung sepenuhnya kepada ketetapan pihak sekolah. Kami mencadangkan program selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada petang hari Jumaat dan berakhir pada petang hari Ahad. Pihak kami hendaklah dihubungi dengan segera mengenai penetapan tarikh tersebut untuk memudahkan kami menempah kawasan perkhemahan dan penyediaan makanan dari pihak ketiga.










SENARAI PERALATAN PELAJAR


Peralatan persendirian seperti berikut perlu dibawa oleh pelajar-pelajar bagi memudahkan kelancaran program:


Topi hutan ataupun cap.

Baju T sebanyak 3 helai termasuk baju untuk tidur.

Seluar sukan panjang/ track suit/ jeans atau khaki 3 helai.

Stokin 3 pasang.

Kasut sukan atau walking shoe dan selipar / sandal.

Beg galas mengisi pakaian.

Lampu suluh beserta mentol dan bateri.

Tuala mandi, berus dan ubat gigi, sabun mandi.

Ubat-ubatan persendirian.

Kain selimut dan bantal kecil.

Buku nota kecil, ballpen dan sarung plastik disediakan.


BARANG-BARANG KEMAS TIDAK DIBENAR PAKAI KECUALI JAM TANGAN SAHAJA. PENGGUNAAN HANDPHONE DIHARAMKAN SAMA SEKALI.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Perkhidmatan yang disediakan oleh Eco Green Adventure seperti berikut:

Jurulatih, Kem Kaunselor dan Medic.

Khemah Dome muat 4 orang.

Makanan dan minuman untuk 6 kali.

Lawatan ke Muzium Orang Asli.

Program untuk 3 hari 2 malam.

Peralatan program seperti peta topo, kompas, Walkie-talkie, dan lain-lain.

Cenderahati peserta terbaik satu, dua dan ketiga.

Satu kenderaan tunggu sedia untuk kecemasan.



BAYARAN YANG DIKENAKAN


Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 120.00 bagi pakej 2 hari 1 malam, RM 150.00 bagi 3 hari 2 malam dan bagi guru pula adalah percuma pada kadar ratio 1 guru : 10 pelajar. Bayaran ini walau bagaimana pun tidak termasuk perlindungan insuran berkelompok ataupun bayaran pengangkutan pergi balik kesekolah.




CARA PEMBAYARAN


Pembayaran sebanyak 50% dikenakan apabila pengesahan tempahan program dibuat oleh pihak sekolah. Dan bakinya hendaklah diselesaikan 7 hari sebelum semasa tiba di kawasan perkhemahan. Pihak kami memerlukan bayaran pendahuluan untuk bayaran tempahan tapak, peralatan, makan minum dan bayaran untuk jurulatih dan kem kaunselor. Bayaran hendaklah dibuat atas nama:


ECO GREEN ADVENTURE.

No Akaun Affin Bank : 10057 000 9198


Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek berpalang dan satu resit rasmi akan dikeluarkan.





LAIN-LAIN HAL

Segala pertanyaan untuk penjelasan boleh diajukan kepada:

LT. Khairul Annuar 012 - 2269 573 /019 – 652 5926 / xlt9006@yahoo.com.my





PENUTUP

Ucapan terima kasih diatas kesudian dan kepercayaan pihak sekolah menggunakan perkhidmatan dan kepakaran Eco Green Adventure. Semoga usaha murni dan keikhlasan kita bersama akan dapat menjayakan program JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ARP dan seterusnya program ini membuahkan kejayaan. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak penyertaan badan swasta bagi membantu kearah kecemerlangan pelajar-pelajar akan tercapai seperti mana seranan kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan khasnya. InsyaAllah………………..

Read more

Logo Rasmi Kuntau Adventure




taaa daaaaaaaaaaaaa....Nie la logo rasmi kuntau adventure team...as soon as possible,design t-shirt XPDC Trans dan Banner XPDC akan di upload....tunggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...................
Read more

XPDC Gng Tangga(22-24 Mei 2009)

Aktivit Ujung Minggu utk Lepas Tension

Byaran utk XPDC,Rm 30 jee...
Utk pengangkutan,Rm 20 then sesapa yg nk p sendrik,Rm30 je la...

Bayaran merangkumi :
mkn n minum atas gng
peralatan xpdc(khemah n dapur)
guide
permit
4x4

22 Mei 2009(XPDC Gng Tangga,6 608 ft)

6 ptg - Bertolak ke CH,berkumpul d sekitar Batu Caves
10 mlm - Dijangka tiba d CH.Mkn isi prut n apa2 yg patut
11 malam - Berehat sambil briefing dari Guide,LT n Direktor program.Bincang utk trip ke Gng Tangga
10.30 malam -Last check barang2 xpdc.
11.30 malam -Tido !!!

23 Mei 2009

6.20 pagi – Bangun dan solat berjemaah
8 pagi - Sarapan
8.30 pagi – Bersiap-siap utk mendaki
9 pagi – start mendaki dari Starting point : Tepi highway

Starting Point
Pos Brooke kat tgh jalan raya CH - Gua Musang. 38 KM dari Blue Valley. SK Pos Brooke adalah 'landmark' Pos Brooke. Kita mula emndaki dari kg Orang Asli kat atas bkt dkt2 situ.

Laluan Pakma
Lps 15 minit dari trek balak camtu,akan jmpk sungai .ada la denai2 sket kat sini. Ada denai hala ke pokok2 pakma. Kita lalu denai dgn sungai kat sebelah kiri kita.

Air Terjun Sg Wi Kecil
Sekitar 30 minit prjalanan,kita jmpk Air Terjun Sg. Wi Kecil. Sumber air kat sini jernih n tak keroh walaupun time hujan. Tak jauh dr Air Terjun Sg. Wi Kecil kita perlu melintas jeram dr Sg. Wi. Ada anak sungai sebelah sungai ini. Kita bley amek air bersih utk bekalan kat sini. Sepanjang laluan nie kita masih bley jmpk pokok pakma.

Trek ke puncak agak jauh walaupun tak byk laluan mencanak. Ada beberapa bukit tipu sebelum kita sampai ke puncak gunung nie. Trek masih agak jelas walaupun tak ada tanda sepanjang trek.

Puncak
Puncak gunung ini ditandakan dengan batu tanda bertiang besi. Keadaan sekitar batu tanda bersih mcm terjaga. Keluasan puncak bley muatkan 10 - 15 org utk bermalam.

24 Mei 2009

Bertolak trun dari puncak ke Pos Brooke.
Sesi bergambar n bersurai…
Read more

Safety part

- Yaesu vx-170
- TYT VHF Radio
- GPS
- Topo map
- Guide O.A(Pak Kasim n Rajis)
- Apa2 pun,doa dan niat yg btol akan memberi sribu satu nikmat mendaki gng...
Read more

Gallery

Read more
 

Kuntau Adventure Team Design by Insight © 2009