Kursus Orang Gunung & ARP


KURSUS ORANG GUNUNG

1. BERKAITAN DENGAN BEBERAPA KEJADIAN KEHILANGAN DAN KEMALANGAN YANG BERLAKU DI TANAH-TANAH TINGGI SEMASA XPDC DILAKUKAN, BERIKUT ADALAH CADANGAN SAYA UNTUK MEMBANTU MENGELAKKAN ATAU MENURUNKAN KADAR KEMALANGAN TERSEBUT. SAYA INGIN MENGADAKAN KURSUS JANGKA PENDEK MENGENAI:


1. MAP, COMPASS AND GPS READING WITH PRATICAL.


2. BASIC JUNGLE SURVIVAL WITH PRATICAL.


3. RADIO COMUNICATION THEORY & PRATICAL.



2. KURSUS – KURSUS TERSEBUT MEMAKAN MASA SEHARI SUNTUK SETIAP HARI SABTU DAN AHAD BERMULA JAM 0900 PAGI HINGGA 0400 PETANG.


3. KAWASAN LATIHAN DI PERSEKITARAN HUTAN HULU GOMBAK.


4. BAYARAN DIKENAKAN SEBANYAK RM 50.00 SEORANG BAGI 1 KURSUS, RM 80.00 UNTUK 2 KURSUS ATAU RM 120.00 UNTUK 3 KURSUS SEORANG.


5. PESERTA-PESERTA PERLU MEMBAWA MAKANAN SENDIRI, KHEMAH. ( UNTUK 2 KURSUS PERLU BERMALAM DI HUTAN ) BUKU NOTA DAN BALLPEN. NOTA-NOTA SUKATAN DAN PERALATAN KURSUS AKAN DI SEDIAKAN. JUMLAH MINIMA PESERTA IALAH 4 ORANG. SESIAPA BERMINAT BOLEH HUBUNGI LT 012 – 2269 573 / 019 – 652 5926 / S M S / EMAIL : xlt9006@yahoo.com.my


LT. ( B ). KHAIRUL ANNUAR. PENGURUS, ECO GREEN ADVENTURE.








PROGRAM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ARP


PENDAHULUAN



Dalam hasrat kerajaan melahirkan rakyat yang berbilang bangsa kearah satu pencapaian berkualiti baik dari segi pembentukan pemikiran yang positif, fizikal yang sihat dan mempunyai tahap intelektual yang matang, maka adalah menjadi kewajipan bersama dalam usaha membantu menjayakan pertumbuhan generasi pelapis yang boleh diharap pada masa hadapan. Namun begitu kejayaan ini pasti tidak akan tercapai sekiranya peranan ini hanya terletak pada bahu ibu bapa dan tenaga pengajar disekolah-sekolah sahaja. Kita mahu anak kita berjaya, anak-anak kita memiliki kemahiran, maka kita perlu bertindak secara rasional dan sabar untuk melihat kejayaan mereka. Ini adalah pengharapan kita semua. Namun begitu untuk mengenal pasti potensi dan kemampuan diri anak-anak kita untuk belajar dengan cemerlang, membesar dalam suasana riang dan sihat, mempunyai sifat toleransi dan terpenting mempunyai daya untuk memimpin sesama mereka memerlukan persiapan fizikal, mental dan intelektual dari peringkat seawal-awalnya.



Gaya kehidupan pada masa kini yang semakin bercelaru dan mencabar mempengaruhi minda anak-anak dengan secara tidak disedari. Maka pendedahan pembelajaran secara lebih kreatif, inovatif dan seronok perlu diberi perhatian agar anak-anak dapat membesar dalam suasana riang namum mempunyai alternatif dan cemerlang serta dapat mengelakkan mereka terlibat kepada gejala yang tidak sihat.



Bagi melahirkan anak-anak yang mempunyai fikiran dan fizikal yang sihat, menghargai pelajaran, menghayati alam semulajadi, mempunyai semangat patriotik dan semangat nasionalisme yang kukuh, sifat toleransi muhibbah diantara kaum dan belajar memimpin dan menjadi pemimpin kecil sesama mereka. Maka mereka perlu didedahkan kepada program-program berorientasikan kembara, mesra alam, aktiviti pembinaan kumpulan, program kepimpinan yang telah disahkan berjaya dan amat popular pada masa ini. Selain dari menjadikan PROGRAM JATIDIRI & KEPIMPINAN ARP dalam bentuk gerak kerja kumpulan dan kembara alam, ianya juga sebagai nadi penggerak dalam memperkenalkan konsep pembelajaran NATURE & OUTDOOR EXPERIENTIAL LEARNING APPROACH sebagai cara membina minda, membentuk kencenderungan untuk terus belajar, pembentukan peribadi pemimpin yang positif dengan berlatar belakangkan aktiviti-aktiviti menarik. Diharap kita akan dapat membantu menjana pembentukan generasi pemimpin kecil diperingkat sekolah yang dinamik. Adalah menjadi harapan PROGRAM JATIDIRI & KEPIMPINAN ARP yang bakal diadakan ini akan lebih mendedahkan anak-anak kepada rahsia kebolehan diri mereka untuk memimpin didalam dunia kehidupan persekolahan mereka.








OUTDOOR EDUCATION……………..the use of experience in outdoors for education and development of the whole person.







OUTDOOR RECREATION……………the use of the outdoors for fun, satisfaction and enjoyable.







DEVELOPMENT TRAINING………….development of the whole person through a process of reviewing experiences and applying the learning.










OBJEKTIF



Memberi ruang dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri sebagai pemimpin pelajar dan pengerak organisasi.


Merangsang motivasi dalaman anak-anak belajar dan terus belajar dengan suasana riang penuh kecemerlangan.


Melatih berfikir secara rasional dan kritikal.


Mengenal diri dari sudut kelemahan dan berusaha memperbaikinya.


Melahir dan membimbing sifat kerjasama dan rasa muhibbah secara berkumpulan dan berbilang kaum.


Mendedahkan kepada aspek kreativiti, komunikasi, daya juang dan daya tahan.


Membangunkan personaliti gemar belajar, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan yang baik, menghargai masa, kebersihan dan terpenting ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan.






METHODOLOGI


Program JATI DIRI & KEMPIMPINAN ARP ini akan dikendalikan secara NATURE & OUTDOOR EXPERIENTAL LEARNING APPROACH dengan penyertaan individu dan berkumpulan, latihan intensif, perbincangan, seminar dan kembara alam, dimana pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengalaman baru dan sebenar untuk mengurus diri serta kumpulan, menghayati alam semulajadi dan kembara sains dan teknologi dengan melakukan beberapa bentuk latihan berkonsepkan I DO AND I UNDERSTAND. Kesemua latihan akan dikendalikan oleh pengurusan ECO GREEN ADVENTURE yang diterajui oleh bekas pegawai tentera, beberapa jurulatih serta kem kaunselor yang berpengalaman dan berkualiti didalam bidang ini dengan dibantu oleh guru-guru pengiring.







KANDUNGAN PROGRAM.



HARI PERTAMA


Tiba di kawasan perkhemahan.


Permainan Ice-breaking, memperkenalkan Jurulatih, Kem Kaunselor.


Pembahagian kumpulan dan Peralatan.


Demo memasang khemah dan latihan pratikal.


Taklimat keselamatan dan peraturan perkhemahan.


Kem orientasi.




CERAMAH 1 - PENGURUSAN MASA.

POST MORTEM MASA PERSENDIRIAN.

PANDUAN DAN ASAS PENGURUSAN MASA.

RUMUSAN PENGURUSAN MASA.



Persiapan untuk kembara malam.


Kembara malam.


Timbalbalas latihan kembara malam.


Pemeriksaan akhir dan persiapan diri.












HARI KEDUA



Persiapan diri, Menaikkan bendera dan Negara Ku.


Latihan asas jasmani dan permainan kumpulan.



CERAMAH 2 - SEJARAH DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA.

DAN

LATIHAN


Rentas hutan dan pengenalan kepada Hutan Hujan Tropika Malaysia.


Latihan asas ikhtiar hidup dihutan ( Membina perlindungan sementara, jerat dan perangkap, tumbuhan makanan dan tumbuhan perubatan, memasak tanpa bekas dan jungle hygine.



CERAMAH 3 - KOMUNIKASI

APA ITU KOMUNIKASI

FUNGSI KOMUNIKASI

TUJUAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

MODEL KOMUNIKASI

KOMUNIKASI TANPA LISAN



Latihan persembahan kumpulan.


Malam persembahan kumpulan.


Pemeriksaan akhir dan persiapan diri.









HARI KETIGA


Persiapan diri, menaikkan bendera dan Negara ku.


Larian Komando.



CERAMAH 4 - PENYELESAIAN MASALAH

ZAMAN YANG BERUBAH.

SIAPAKAH DI SEKELILING KITA

INGIN PERUBAHAN

ANALISIS SUASANA

APA ITU S W O T

ANALISIS S W O T

PELUANG

ANALISIS S W O T TERBAIK



LATIHAN DALAM KUMPULAN dan PELAN TINDAKAN.



CERAMAH 5 - CIRI – CIRI PEMIMPIN CEMERLANG

APA ITU KEPIMPINAN

SIAPA ITU PEMIMPIN

KEPIMPINAN YANG EFEKTIF

PERINSIP ASAS KEPIMPINAN

PANDANGAN ORANG YANG DI PIMPIN








Timbal balas program dan sesi komunikasi perbincangan.


Majlis penutup, penyampaian sijil penyertaan, bacaan ikrar, pemberian cenderahati peserta terbaik keseluruhan, kelakuan terpuji dan kepimpinan


Pemeriksaan akhir, pemeriksaan kawasan perkhemahan.


Peserta bersurai.









CAMP………………… gives childrens a world of good !





UNDERSTAND NATURE………….understand your self !!




TO LEAD ………………….. AND TO SERVE













LOKASI PROGRAM



Pihak ECO GREEN ADVENTURE mencadangkan lokasi yang agak berdekatan dengan sekolah dan bersesuaian untuk melaksanakan program JATI DIRI & KEPIMPINAN ARP




Lokasi Pertama: KEM REKREASI HUTAN ALANG SEDAYU , KM 25, GOMBAK, SELANGOR. Lokasi ini cuma dijarak 30 kilometer sahaja dari sekolah, mudah untuk sampai. Penginapan murid-murid dan guru-guru pengiring adalah menggunakan khemah dan dome. Makanan dan minuman disediakan. Berhampiran dengan Muzium Orang Asli sebagai rujukan untuk lawatan sambil belajar. Mempunyai kawasan perkhemahan yang luas, bersih dan nyaman. Mempunyai kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai untuk aktiviti gerakerja luar berkumpulan dan selamat. Berhampiran dengan Hospital Orang Asli untuk tujuan rawatan kecemasan awal. Bagaimana pun dicadangkan, satu lawatan dibuat terhadap tapak, bagi memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai kesesuaiannya bagi program yang akan dijalankan.






TARIKH DAN MASA


Penentuan bagi tarikh dan masa untuk melaksanakan program ini bergantung sepenuhnya kepada ketetapan pihak sekolah. Kami mencadangkan program selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada petang hari Jumaat dan berakhir pada petang hari Ahad. Pihak kami hendaklah dihubungi dengan segera mengenai penetapan tarikh tersebut untuk memudahkan kami menempah kawasan perkhemahan dan penyediaan makanan dari pihak ketiga.










SENARAI PERALATAN PELAJAR


Peralatan persendirian seperti berikut perlu dibawa oleh pelajar-pelajar bagi memudahkan kelancaran program:


Topi hutan ataupun cap.

Baju T sebanyak 3 helai termasuk baju untuk tidur.

Seluar sukan panjang/ track suit/ jeans atau khaki 3 helai.

Stokin 3 pasang.

Kasut sukan atau walking shoe dan selipar / sandal.

Beg galas mengisi pakaian.

Lampu suluh beserta mentol dan bateri.

Tuala mandi, berus dan ubat gigi, sabun mandi.

Ubat-ubatan persendirian.

Kain selimut dan bantal kecil.

Buku nota kecil, ballpen dan sarung plastik disediakan.


BARANG-BARANG KEMAS TIDAK DIBENAR PAKAI KECUALI JAM TANGAN SAHAJA. PENGGUNAAN HANDPHONE DIHARAMKAN SAMA SEKALI.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Perkhidmatan yang disediakan oleh Eco Green Adventure seperti berikut:

Jurulatih, Kem Kaunselor dan Medic.

Khemah Dome muat 4 orang.

Makanan dan minuman untuk 6 kali.

Lawatan ke Muzium Orang Asli.

Program untuk 3 hari 2 malam.

Peralatan program seperti peta topo, kompas, Walkie-talkie, dan lain-lain.

Cenderahati peserta terbaik satu, dua dan ketiga.

Satu kenderaan tunggu sedia untuk kecemasan.



BAYARAN YANG DIKENAKAN


Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 120.00 bagi pakej 2 hari 1 malam, RM 150.00 bagi 3 hari 2 malam dan bagi guru pula adalah percuma pada kadar ratio 1 guru : 10 pelajar. Bayaran ini walau bagaimana pun tidak termasuk perlindungan insuran berkelompok ataupun bayaran pengangkutan pergi balik kesekolah.




CARA PEMBAYARAN


Pembayaran sebanyak 50% dikenakan apabila pengesahan tempahan program dibuat oleh pihak sekolah. Dan bakinya hendaklah diselesaikan 7 hari sebelum semasa tiba di kawasan perkhemahan. Pihak kami memerlukan bayaran pendahuluan untuk bayaran tempahan tapak, peralatan, makan minum dan bayaran untuk jurulatih dan kem kaunselor. Bayaran hendaklah dibuat atas nama:


ECO GREEN ADVENTURE.

No Akaun Affin Bank : 10057 000 9198


Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek berpalang dan satu resit rasmi akan dikeluarkan.





LAIN-LAIN HAL

Segala pertanyaan untuk penjelasan boleh diajukan kepada:

LT. Khairul Annuar 012 - 2269 573 /019 – 652 5926 / xlt9006@yahoo.com.my





PENUTUP

Ucapan terima kasih diatas kesudian dan kepercayaan pihak sekolah menggunakan perkhidmatan dan kepakaran Eco Green Adventure. Semoga usaha murni dan keikhlasan kita bersama akan dapat menjayakan program JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ARP dan seterusnya program ini membuahkan kejayaan. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak penyertaan badan swasta bagi membantu kearah kecemerlangan pelajar-pelajar akan tercapai seperti mana seranan kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan khasnya. InsyaAllah………………..

0 comments:

Post a Comment

 

Kuntau Adventure Team Design by Insight © 2009